Posts

Showing posts from November, 2017

Ilmu dan adab

Terkejutnya al kisah Fazura dah kahwin.Serious..betul-betul terkezut.Aku suka mengikuti Fazura ni bukan sebab lakonan beliau.Aku pun bukan rajin tengok tv.Tapi aku suka perhatikan perubahan dan attitude beliau dari zaman kebudakan hinggalah dah nampak penampakan dewasa ni.Dewasa dalam erti kata melayan kerenah dunia dan industri dia lah kan. Bila baca komen-komen manusia kat page atau instagram artis ni especially bila baru-baru ni,Elyana announced tentang sakit kanser yang dah lama beliau hadapi.Aku pun bacalah komen-komen berunsur agama dari netizen.Kadang nak tergelak pun ada.Menasihati tentang akhirat,konon patutnya beliau menutup aurat dan mengejar akhiratlah..patutnya beliau mendalami agamalah..aku rasa malu baca komen-komen begitu.Dalam hati aku terdetik,tak rasa segan ke menulis komen begitu.Kadang aku dok perati manusia yang lantang bersuara ni,bukan sebab dia orang ni hebat atau gempak atau beriman dan penuh ilmu di dada dan otak pun.Tapi sebab dia orang ni takde sifat...

Obses

Mengantuknya rasa  2-3hari ni.Askar aku yang kecik tak berapa sihat.Haruslah aku turut merasa tak sihat sebab berjaga tengah-tengah malam melayan ragamnya.Biasalah budak kecik kalau demam bersedialah dengan merengeknya..muntahnya..panas badannya..semua akan berlaku sekitar 2-3 pagi.Semua yang ada anak kecik kau tengoklah maknya,kalau mata macam nak tersembul kat office tu,dengan bengkak mata macam panda..stress wei tak cukup tido ni.. Korang pernah tak ada perasaan obses tentang sesuatu perkara?Aku tak tau la apa ayat yang sesuai dengan perlakuan yang aku nak sampaikan ni.Contohnya,kau suka makan tosei.Setiap pagi kau makan tosei,without fail.Bila dah sampai kau muak dan muntah tosei tu baru kau stop makan tosei.Nak bau tosei pun tak boleh. Atau kau obses nak kurus.Aku dulu stok minum air green tea hari-hari.Setiap malam aku buat satu cawan detox tea tu untuk senang membuang paginya.Instructions dah nyatakan,kau kena minum selepas makan tengahari ke,makan malam ke.Tapi ...

Wak Doy

Dah nak penghujung tahun.Sekejap je masa berlalu.Dalam tahun ni,sedikit rasa up dan sebanyak rasa down.Tapi hidup perlu diteruskan.Seronok tengok orang berjuang dalam bidang masing-masing.Ada yang slow dan steady.Ada yang semangat,ada yang tukar plan..buat plan abc semua sampai menjadi. Ada sorang designer ni,dulu berkawan baik dengan Wak Doy(bukan nama sebenar) haha..bila aku amati ceritanya..ya..kisah semua orang lebih kurang sama saja.Designer ni kita namakan beliau Mr F.Beliau sangat kreatif dan sangat berfikiran jauh.Tidak tamak dan suka bekerjasama dengan pasukan yang beliau rasakan bukan menjadikan duit sebagai focus jangka masa dekat.Wawasan beliau untuk jangka masa panjang. Semasa Wak Doy belum famous pun lagi,beliau selalula lepak2 dengan Mr F dan rakan-rakan Mr F ni.Kemudian Wak Doy meminta pertolongan Mr F untuk memberikan kerja kerana Wak Doy tidak mempunyai pekerjaan tetap.Mr F yang memang kreatif ini pun meng grooming lah Wak Doy dan mengajak beliau join semua e...

Lin

Dah lama jugak aku kenal Lin.Dah lama jugak Lin bersama aku,mengharungi liku-liku kehidupan.Selain Lin, ada seorang lagi bahagian site yang juga agak lama dah bekerjasama. Lin menyaksikan kejatuhan dan kebangkitan.Lin rasai keperitan dan kepayahan yang tak dapat terungkap dan tak dapat dikongsi dengan semua orang. Aku tabik Lin,apa sahaja tugasan insyaa allah dia laksanakan dengan penuh tanggungjawab.Dia galas dan tak ambil mudah.Adakala,Lin turun padang bersama aku mengejar dateline.Tertonggek-tonggek,tangan kotor,badan penat,otak penat..aku ingat lagi,satu masa tu aku nampak muka Lin gila penat.Tapi bagusnya Lin ni,dia tak goyang.Masalah apa pun,dia tarik nafas dalam-dalam(walaupun aku tak nampak dia tarik nafas dalam ke tak) dan selesaikan.Dia dah masak sangat dengan cara aku.Dia tau aku dah buat part aku,dan dia cuba laksanakan part dia.Yang penting kita orang brainstorm,cepat buat tindakan dan execute.Tak boleh plan A,banyak lagi huruf-huruf lain. Walaupun aku dan Lin...