Lin

Dah lama jugak aku kenal Lin.Dah lama jugak Lin bersama aku,mengharungi liku-liku kehidupan.Selain Lin, ada seorang lagi bahagian site yang juga agak lama dah bekerjasama.

Lin menyaksikan kejatuhan dan kebangkitan.Lin rasai keperitan dan kepayahan yang tak dapat terungkap dan tak dapat dikongsi dengan semua orang.

Aku tabik Lin,apa sahaja tugasan insyaa allah dia laksanakan dengan penuh tanggungjawab.Dia galas dan tak ambil mudah.Adakala,Lin turun padang bersama aku mengejar dateline.Tertonggek-tonggek,tangan kotor,badan penat,otak penat..aku ingat lagi,satu masa tu aku nampak muka Lin gila penat.Tapi bagusnya Lin ni,dia tak goyang.Masalah apa pun,dia tarik nafas dalam-dalam(walaupun aku tak nampak dia tarik nafas dalam ke tak) dan selesaikan.Dia dah masak sangat dengan cara aku.Dia tau aku dah buat part aku,dan dia cuba laksanakan part dia.Yang penting kita orang brainstorm,cepat buat tindakan dan execute.Tak boleh plan A,banyak lagi huruf-huruf lain.

Walaupun aku dan Lin nampak rapat sebab tugasan,kami tetap ada border.Dia tak sibuk-sibuk ngan urusan personal aku.Tak pernah tanya.Aku pun tak pernah nak tau lebih-lebih.We always make it simple with our own way.Bagi mudah dan tak ackward.Tapi so far,dia tahu semua tentang aku.Aku tahu juga pasal dia.. kita orang tahu,the moment kita orang jadi "rapat" maka segala tentang kerja akan jadi lain.Kita orang nak kerja lancar,dan taknak aksi drama sentap menyentap.

Aku berdoa semoga Allah lindungi dan pelihara beliau.Allah murahkan rezeki Lin dan kehidupannya berkat.

Aku yakin,Allah penuhi doa aku untuk melihat beliau sukses,kaya dan berjaya.
Insyaa allah.Amin.

Love,
Anny

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz