Obses

Mengantuknya rasa  2-3hari ni.Askar aku yang kecik tak berapa sihat.Haruslah aku turut merasa tak sihat sebab berjaga tengah-tengah malam melayan ragamnya.Biasalah budak kecik kalau demam bersedialah dengan merengeknya..muntahnya..panas badannya..semua akan berlaku sekitar 2-3 pagi.Semua yang ada anak kecik kau tengoklah maknya,kalau mata macam nak tersembul kat office tu,dengan bengkak mata macam panda..stress wei tak cukup tido ni..

Korang pernah tak ada perasaan obses tentang sesuatu perkara?Aku tak tau la apa ayat yang sesuai dengan perlakuan yang aku nak sampaikan ni.Contohnya,kau suka makan tosei.Setiap pagi kau makan tosei,without fail.Bila dah sampai kau muak dan muntah tosei tu baru kau stop makan tosei.Nak bau tosei pun tak boleh.

Atau kau obses nak kurus.Aku dulu stok minum air green tea hari-hari.Setiap malam aku buat satu cawan detox tea tu untuk senang membuang paginya.Instructions dah nyatakan,kau kena minum selepas makan tengahari ke,makan malam ke.Tapi disebabkan effect kau ambil selepas makan ialah perut kau memulas-mulas dan setiap kali kau nak jumpa client kau rasa nak terkincit jadi aku pun ambillah sebelum tido.Confirm pagi buang.(Haha,aku cerita apa ni?)Tapi bahaya sebab perut kau kosong sangat sampai takde fiber langsung yang membantu proses percernaan sampai perut boleh luka.Aku pun dah stop minum detox tea ni.

Pastu dulu aku ada allergic dengan ayam.Satu masa tu aku perasan setiap kali makan ayam,badan aku akan bengkak-bengkak dan merah panas.Kadang naik kat mata,hidung,tangan..jadi untuk menghilangkan bengkak ni aku kena makan ubat yang doktor bagi.Ubat tu buatkan kau jadi mengantuk,jadinya kalau aku ada kelas pun aku mengantuk gila sampai dalam kelas pun boleh tido.Jadi aku pun decide dah taknak makan ayam,supaya aku tak perlulah makan ubat ni.Bertahun-tahun masa aku study dulu tak makan ayam.Sampaikan,warna kulit aku pun bertukar,dan terkena pulak penyakit thyroid.Sebab terlampau banyak ambil seafood.Sudahnya selepas berkali-kali asyik demam dan berulang ke hospital untuk mengkaji masalah thyroid ini,aku pun cuba makan ayam nak tengok allergic aku ni naik lagi ke tak...hasilnyaaa..ya allahhhh....sedapnyaaaa ayammmm wehhh hahhaha.Punyalah lama aku tak makan ayam sampai aku rasa sedap gila ayam ni weiii..dan alhammmmdulillah aku dah recover dari penyakit allergic ayam sebab since that,badan aku takde membengkak.Kalau ada pun naik sikit je,dan cepat pulih.

Eh..ni bukan tajuk obses dah ni.

Bye.


Love,
Anny

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz