Wak Doy
Dah nak penghujung tahun.Sekejap je masa berlalu.Dalam tahun ni,sedikit rasa up dan sebanyak rasa down.Tapi hidup perlu diteruskan.Seronok tengok orang berjuang dalam bidang masing-masing.Ada yang slow dan steady.Ada yang semangat,ada yang tukar plan..buat plan abc semua sampai menjadi.
Ada sorang designer ni,dulu berkawan baik dengan Wak Doy(bukan nama sebenar) haha..bila aku amati ceritanya..ya..kisah semua orang lebih kurang sama saja.Designer ni kita namakan beliau Mr F.Beliau sangat kreatif dan sangat berfikiran jauh.Tidak tamak dan suka bekerjasama dengan pasukan yang beliau rasakan bukan menjadikan duit sebagai focus jangka masa dekat.Wawasan beliau untuk jangka masa panjang.
Semasa Wak Doy belum famous pun lagi,beliau selalula lepak2 dengan Mr F dan rakan-rakan Mr F ni.Kemudian Wak Doy meminta pertolongan Mr F untuk memberikan kerja kerana Wak Doy tidak mempunyai pekerjaan tetap.Mr F yang memang kreatif ini pun meng grooming lah Wak Doy dan mengajak beliau join semua event beliau yang berkaitan dan mengikut apa yang Mr F plan kan untuknya.Sampailah satu tahap,Wak Doy dah famous,dan bermulalah episod lupa diri dan lupa daratan.Episod Wak Doy meng sailang projek-projek dan customer Mr F menjadikan drama semakin terluka dan akhirnya berpisah...
Bila aku amati,semua orang pernah mengalami kejadian begini semasa berjuang.Mungkin ia sedikit berbekas dihati atau tidak,terpulang kepada individu.Bagi aku,semua ada cerita..dan kita semua manusia biasa.Dah tentu sedikit sebanyak kejadian begini yang kita harapkan dapat memberi manfaat kepada kehidupan orang lain itu berakhir dengan cara yang manis..at least hidup kita ada prinsip dan the right attitude.Aku penting benda-benda ni kalau nak bekerjasama dengan orang wei.
Sekurang-kurangnya,belajarlah hormat dan menghargai jasa budi orang lain.
Comments
Post a Comment