Akak Pahjurahhh
Assalamualaikum dan Salam bersiaran untuk 2019.
Aku nak cerita tentang seorang artis yang aku terserempak baru-baru ni.Issue ini berlaku ketika aku singgah di Zara,Bangsar Village.Memang aktiviti aku lepas kerja atau bila aku ada appoinment ke,memang ni la port aku.Jadi..setiappp kali aku kesini haruslah aku melawat Zara ni.Takde lah membeli pun.Zara kan suka keluarkan baju yang baru setiap 2minggu.Kejap-kejap trend baru,jenis baru..jadi teruja la tiap kali ke sini..memerhati fashion yang ada gitewww
Aku ni ada satu sifat bila nampak artis je perangai excited saikos mulalah keluar.Nervous nya,berdebar-debarnya..ya allah taktaulah apsal saiko tul.Adatlah kan jumpa celebrity lah katakan..tetiba rasa tak tentu arah
Penah lah satu masa dulu aku suka bebeno ngan Anuar Zain.Yang peliknya visualization aku ni dasat sikit.Kalau suka atau asyik fikir pasal satu-satu benda tu,aku mesti terserempak lah banyak kali dengan orang tu.Ada sekali dua ternampak Anuar Zain lepak dekat The Curve,aku kaget melihat beliau melemparkan senyuman..segeralah aku menelefon Barai,kawan baik Bang Nuar yang juga kawan aku masa tu..
“Barai..barai..ko call Anuar Zain skang wehhh..ko cakap tadi ada pompuan senyum kat dia tu aku.Dia pun senyum kat aku tadi.Kejap je baru ni,mesti dia ingat aku..”
Ha saiko tak?Pastu Barai cakap..
“Anny,kau jangan nak berangan boleh.Berjuta-juta pompuan senyum kat dia hari-hari.Dia takkan ingat ko punya..”
Hahahah ok betul juga.Barai telah membantutkan niat tulusku..aku nak cerita kat sini bukan apa,peminat atau manusia ni boleh jadi saiko..boleh tetiba keluar perangai beruks.Macam aku.Terkial-kial rasa excited bila nampak artis..nak bergambar nya lagi..
One day,aku terserempak lagi dengan Anuar Zain dan kali ni dia bersama Barai.Apa lagi..Barai pun menganjing ahh aku suh cepat amik gambarrr..senyum puashati dia sampai kelopak telinga rasa dia.Kau tau tak betapa happynya benda kecik-kecik mcm ni jadi kat orang mcm aku?Walaupun aku tak paham kenapa aku jadi mcm ni.Secara automatik wehhh
Berbalik kepada cerita aku kat Zara tadi.Aku dah selaluuuuu sangat jumpa Pahjurahh kat Bangsar.Tapi memang tak sampailah rasa nak menegur atau mengambil gambar bersama sebab menghormati dia tengah makan.Aku tau dia memang suka lepak kat cafe depan Zara tu.But this time,Pahjurahh pun masuk Zara dan lalu betul-betul depan aku.Aku yang kebetulan bersama Alan,automatik la menyapa Pahjurahh ketika itu.Mungkin keadaan masa yang tidak sesuai,Pahjurahh dan kawannya yang lelaki tetapi lembut tu memberi alasan untuk menolak bergambar.Katanya kejap lagi ya,i nak cepat nak beli baju ni kata Pahjurahh.Bila aku kaget disitu dan keras tak tau nak buat reaksi apa,si lelaki lembut tu pun menambah.Kejap lagi ya dah habis cari baju semua ya..
Aku tak kata lah beliau menolak bergambar.Tetapi muka Pahjurahh sangat lah tak friendly dan seakan-akan tidak suka dan tidak selesa bila orang tiba-tiba menyapanya untuk bergambar.Kalau cara cakap dan air muka yang menolak seketika masa tu elok, tentulah aku takkan terasa..takkan la aku saja-saja nak terasa dan mereka cerita.Aku tanya pun penuh nada hormat bukan terejal tak memasal.Kerja aku pun mmg kena jumpa orang hari-hari jadi takkanlah aku nak menjerit tetiba nampak beliau yang boleh membuatkan beliau tak selesa.Atau mungkin aku ke yang super sensitif?Boleh check cctv kot kalau nak kepastian.
Jadi bila aku diminta tunggu,dah tentulah aku perlahan beredar kerana malu dengan orang sekeliling yang memerhati.Boleh tak korang imagine keadaan ackward aku masa tu.Alan ada masa tu sebab dia lah selama ni tukang melayan amik gambar pun..dengan Scha Alyahya,Nurul Izzah,Mizz Nina,Marsha semua lah Alan yang mengambil gambar-gambar tu.Dan Alan juga menyaksikan drama dan malunya aku masa tu bila Pahjurahh memberi respon negatif sebegitu.Takkan la aku nak menunggu tercegat kat situ sampai dia habis pilih baju.Memangla aku keluar sekejap depan Zara tu,dekat Haagen Dazs tu.Alan beli eskrem nak pujuk kekecewaan aku kot.Pastu aku dah ok kejap,bape minit later aku masuk balik Zara..sambung balik window shopping.Pahjurahh masih disitu dan sedang bergambar dengan orang-orang lain.Cashier Zara dan-dan la membacking Pahjurahh.Aku kat dalam tu lepas Pahjurahh blah apsal tak cakap kat aku?Dalam comment beliau kata dia mencari-cari aku nak bergambar semula.Ceh.Dasyat artis carik aku nak bergambar cehh..
Aku pelik lama sgt ke 5 saat tu,sebelum cari baju dan beza sangat ke dengan 5 saat selepas beli baju untuk diambil gambar bersama..boleh je dia layan kan?Ke Pahjurahh nyampah tengok aku ni?Apa beza orang lain nak bergambar dengan aku nak bergambar?Ha korang kena kaji sikitlah..
Issue disini bermula bila aku mesej di comment ig dan berbalas-balas comment dengan Suraya di instagram beliau.Dan segerombolan peminat Pahjurrr mula menyerang.Kononnya aku membuat fitnah.Salah aku mungkin menyuarakannya secara terbuka. Terbit rasa kecewa, aku mula doa sungguh-sungguh dalam sujudku pada Allah agar tunjukkan sesuatu,akhirnya Pahjurahh balas comment aku keesokannya.
Aku takde niat jatuhkan Pahjurahh.Suraya pun tahu betapa minatnya aku kat dia.Anyway dengan comment balas dari Pahjurahh,dan aku balas yang aku accept dia explained.Jadi takde issue sekarang pasal niat nak jatuhkan,aku complaint as peminat,kau public figure dan kau kena acceptlah jugak aku manusia biasa.Apa salahnya aku complaint sebab aku terasa?Ni tak..sikit-sikit nak jatuhkan.Sikit-sikit fitnah.Jatuhkan dah kenapa,aku nak belawan ko jadi artis ke pekebendanya ni?Dalam comment response aku kat Pahjurahh itu hari pun,aku accept dan minta maaf.Malangnya telah didelete dan ig aku di block.Hanya comment tertentu drpd aku je ditinggalkan mungkin untuk bagi penerangan kat orang lain membacanya.Atas niat apa..terpulang.Sama je Pahjurahhh..hehe
Artis ni kena faham,korang dah tentu mengadap berjuta kes fan macam aku.Sekelumit macam ni tak memberi kesan pun.Tapi aku pun kena faham,ko pun manusia biasa.Macam aku juga.Aku pun mengadap bermacam jenis projek..mental aku pun boleh koyak juga dek penangan ko Pahjurah..jadi kalaulah ko baca ni,aku minta maap la sembang bodoh kat ig ko ari tu.Anyway,kawan aku pun boleh tahan ayat dia jadi kami mohon maaf.Kotla ko baca ni.
Yang korang bash aku dan Suraya kat comment2 Pahjurahh tu..terima kasih juga kerana menyokong dan menghentam aku.Nak laku kan produk katanya.Pastu masuk blog roti kaya..hahaha korang memang suka sangat berhibur tau..
Issue ni mula-mula membuatkan aku dah pandang lain kat celebrity ni.Tapi baru je tadi aku melambai tangan kat Vivy masa dia turun dari kereta..saiko la aku ni.
Bye.
Comments
Post a Comment