Kerja Part Time

Last update jendela ni 14.3
Hari ni dah 6.4
Okla..tak sampai sebulan kahkahkah
Kiah busy uols dan takde idea la nak share story mori apa ni.
Okay ni nak repeat kisah keja part time masa study dulu.
Selamat membacca!

Mesti ramai yang pernah buat kerja part time masa zaman belajar dulu kan.Aku adalah diantaranya yang harus bekerja sepanjang pengajian.Habis kelas terus pi kerja.Habis kerja terus pergi kelas..balik umah berdengkorlah apa lagi..

Banyak kenangan kerja part time zaman belajar ni.Walaupun duit yang dapat tu tak seberapa dan cukupla untuk survive nyawa-nyawa ikan sampai hujung bulan tapi happy jerrr aku rasa.Berbanding dengan sekarang kalau nyawa-nyawa ikan tu rasa macam nak jadi ikan kembong,ikan selar gelama ikan duri.


Paling tak bleh lupa masa kerja part time kat coffee bean.Macam-macam orang kau jumpa.Dari orang yang nampak biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa.So selalula regular customer sorang ni laki humble cool je,selalu datang sengsorang time lepas kerja.Kalau malam sikit bawak la wife ngan anak-anak..sorang anak pompuan dia masa tu kecik lagi,selalula dia bawak datang coffee bean subang parade tempat aku bekerja ni.Lina,aku ingat lagi nama budak kenit ni.Dia akan sukati je terus masuk dalam kitchen ya, takpun pegi tempat bancuh kopi mintak cekelat..sekarang dah besar,cantik..ayah dia rupanya chairman syarikat perkapalan kat Klang.Tan Sri ya..tu pun terbaca kat newspaper masa tu..oh Tan Sri rupanya.Sungguh cool.Lek je selalu dia yang greet kita kalau singgah mengopi.


Ada jugak customer yang macam mental.Ada sorang ni selalu datang minum hari-hari lepas waktu keje.Selalu lepak sampai coffee bean ni tutup.Kitaorg tengah mengemop ke ape dia tunggu je la ntah apa yang dia buat aku tak tau.Main tulis-tulis note,gila kecik note dia.Kitaorg panggil mamat ni Mr Bean.Sebab dia suka buat-buat cakap sengsorang,gelak-gelak sengsorang macam Mr Bean..kadang buat-buat tanya kitaorg something,buat-buat jawab call..ada sekali tu ada la sorang pompan hot cung habes masuk coffee bean..dengan harapan nak mengusha dan mr bean ni pun buat-buat la cakap telefon konon terhello hellooo haa..okay..okay..sekali manager aku Man yang menyampah gedik Mr Bean ni mengusha awek tu terus call cecepat call handphone Mr Bean ni.Ntah mana ada nombor aku tak tau.Tretttttt tretttt tetiba telefon berdesing kat telinga dia so Mr Bean tekejut berukla terus gagal misi mengusha awek sebab telinga bedesing hahaha padan kau nak hello sangatt.Tapi mamat ni keja hebat korang tau,computer engineer kat cyberjaya tak silap aku sebab ada regular customer lain yang kenal dia pun dok perasan dia selalu sangat datang minum kat coffee bean subang parade ni.Ntahnya  customer aku yang lagi satu ni tau tak,dia pun selalu datang coffee bean ni?Engkorang dah kenapa hari-hari kat sini?


Ada lagi satu regular customer lain,lelaki india.Selalula dinner kat coffee bean,hampir setiap hari kau dinner kat coffee bean ni ha.Kalau sambil tunggu order tu,dia sukala sembang-sembang tunjuk handphone kat kitaorg gambar awek dia.Punyala cun nak mampos awek dia ni.Tekejut gak kitaorg indianya kau ni tapi cantik nar awek kajol kau ni.Mamat india ni memang bukan orang Malaysia.Orang India dari India tapi dok Malaysia ada business kat sini.Sebab selalu sangat kitaorg dah dihidang dengan gambar awek Kajol tu one day kitaorg find out gambar tu sebenarnya memang artis bollywood.Kong jaq gile kena tipu..Kau ingat kau Shah Rukh Khan ke weii deiiiiii cittpoda


Kat coffee bean jugakla aku kenal sorang laki cina ni.Boss aku masa tu yang introduce aku ke dunia construction ni.Memula dia selalu la tanya tarikh lahir aku,masa aku lahir..gila boss aku ni.Nak amik orang kerja kena tengok feng shui ye.Pastu lepas dia dah tau terusla approach aku kerja kat office dia bahagian sales and project.Masa tu aku baru habis belajar,takpe la aku cuba la..dah pastu terjebak sampai 5-6tahun jugakla..Anyway,boss cina aku ni banyakla develope diri aku dan aku banyak belajar cara kerja dari culture dia..Thank you boss!

Selain daripada manusia kebanyakan yang datang minum kopi dan teh di Coffee Bean ni ,ada juga artis dan celebrity yang pun suka datang coffee bean subang parade ni..antaranya ialah Anuar Zeng,Ziana Zeng,Pak Zeng dan Mak Zeng..satu family datang.Masa tu Abang Nuar yang datang kaunter dan order..ceh tetiba bertukar jadi abang.Aku ni jenis takleh tengok artis weh..macam saiko 
excited terlebih.Aku ingat lagi masa tu pernah la ternampak Abang Nuar ni dekat The Curve..masa aku berjalan dan ternampak tu Abang Nuar tengah minum2 ngan kengkawan dia,sekali dia pun menoleh ke arah ku dan memberi senyuman indah..Aku kaget terasa seperti dalam muzik video dah dan bibir aku terus senget benget agaknya tekejot dan aku terus menelepon kawan aku yang kenal rapat ngan Nuar masa tu..

"Weh Barai ko tolong call Anuar Zeng skang,cakapla kawan ko kim salam..dia baru je lepas senyum kat aku tadi ni!!Dia mesti ingat lagi muka aku!!Cepatt!!Call dia now Barai!!


Dan permintaan aku ditolak..Barai cakap ko ni Anny tak payah la ko bajet dia ingat ko punya senyuman tu,berjuta orang dia cuba senyum hari-hari haha aku pun ketawa merasa hampa..hoi saiko aku ni padehal bukannya suka sangatt pun kat abang nuar tuuu ecehh


Celebritos lain yang aku ingat ialah Francisca Peter,Ramona Rahman(siap mintak sign kat atas tissue paper),Edry Kru(tetiba suh kim salam kat Kak Erra dah apa kaitannya),Amy Search(aku siap cakap bang,bang,saya minat gila kat abang haha bongok betol aku ni,perangai automatik bertukar) dan paling tak lupa terjumpa Angelina Juling..


Ramaila perangai pelik dan jelik yang kitaorang jumpa bila kerja kat Coffee Bean ni.Ada sekali tu kisahnya sorang pompan datang minum kat kedai,lawo la mcm model camporan jawa..rambut kerintingg gila panjang sampai melepasi pinggang.Cara jalan masuk kedai lenggok pun ala model catwalk utara selatan.Sekali tu dia bangun nak pergi ambik gula kat condiment counter dengan gaya jalan terhuyung hayang dan rambut mengibas-ngibas sekalinya tuuuuu diaaa...toingg tersangkut rambut dia kat jam salah sorang customer yang duduk minum kat2 situ..haha ok ni lawak adoiii dia pun teradoiii nak betulkan rambut dia dari ikatan masa..lain kali jalan tu jangan mengibas sangat Kak Long.Kan dah tersangkut..


Ada pulak cerita sorang laki cina ni bisu,tapi tak pekak.Kadang datang,kadang tak datang.Hidup macam sebatang kara je..kalau datang tu dalam kul 10 malam macam tu nak mintak susu ke air kosong ke..Kadang kesian bagi jelah..yelah seteguk dua je pun dalam cup kecik tu.Dia suka nak ajak aku bersembang tapi kau tahula kan,orang bisu ni macamana gaya becakap je pun yang kita paham.Aku suka la layan dia,buat-buat pahamla apa dia nak cakap.Bersungguh dia nak bagi aku paham apa yang dia cuba sampaikan dengan acah-acah 
menulis atas angin suh aku eja apa dia nak cerita.Pun aku tak paham abc apa dia guna..Yang peliknya,dia boleh sampai kat semua cawangan Coffee Bean kat KL Selangor ni weh.Kadang aku nampak dia kat Midvalley,Pj,KL area..yang aku ni pun merata hala peginya dah apa yang
 pelik?Sama je laaa..sukati diala nak pegi manaaa kau dah kenapaaa


Bagi aku, layan customer ni kena layan macam raja.Selagi dia hormat kau,selagi dia faham dan boleh tolerate situasi kritikal atau masalah kita masa tu..kau layanlan baik-baik customer kau dengan mesra.Selama aku bekerja bahagian yang memerlukan kita one-to-one dengan customer ni,kadang orang bukan nak sangat beli produk yang kau jual.Keja kedai kopi ke,keja project construction ke..Orang beli banyaknya sebab diri kau..ikhlas,mesra dan sabar.Takde perasaan belagak aku bagus ke apa..Aku ingat lagi la punyala ramai regular customer kat CBTL Subang Parade ni.Antaranya yang datang memang customer yang tinggal berdekatan,tapi pendekatan kita terhadap customer pun membuatkan diaorang seronok dan selesa lepak sebab cara kita greet dan kenal diaorang.Apa orang panggil tu personal touch giteww membuatkan diaorang selalu datang kat tempat yang sama.Customer happy sebab kita layan diaorang mcm VVIP..tak kisah apa pangkat dan background pun semua kita layan sama.Sampai ada satu group family Cina dari Klang ni every week datang semata-mata minum kat situ kadang selang sehari sebab kita kenal dan buat diaorang selesa..tiap kali diaorang balik travel mana-mana selalu la aku dapat souvenier ke angpau ke..yang penting diaorang pun happy..syokkan bagi orang lain happy..

Anyway setiap orang punya kisah dan ini sebahagian pengalaman aku terdahulu yang cukup berharga bagi aku.Pengalaman macam ni kita tak boleh rujuk kat mana-mana buku sejarah tapi ia cukup mematangkan dan membentuk siapa diri kita..

Ya betul..matangnya manusia bukan dinilai dari umur tetapi dari pengalamannya..

Pengalaman anda bagaimana pula ya..?


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz