Semua ada masalah
Lepas kes akak Pahjurahh,aku dah kurang sikit memberi perhatian kepada hobi aku untuk menangkap gambar bersama artis.Yuna Yalalaiii lalu sebelah aku pun aku tak rasa apa dah sekarang ni..eceh Anyway,aku tak tahu lah dengan orang lain.Aku ni jenis reserve sikit. Aku tak suka sangat berkongsi cerita peribadi dengan sesiapa.Dengan kawan baik sendiri pun,aku ambil masa untuk luahkannya.Aku akan cerita bila aku rasa betul-betul selesa.Jadi bila kau gembira,bahagia,kau putus cinta,kau bina semula kehidupan kau dan apa sahaja semuanya diam-diam.Aku rasa itu lebih bahagia.. Kalau tak share,kau tak jadi gila ke?Kau tak perlu kawan-kawan?Keluarga? Mestilah perlu sebab kita bukannya robot,kita pasti perlukan orang untuk kita luahkan perasaan kita betul tak? Tapi bagi aku masing-masing ada cara sendiri untuk tangani masalah.Aku runsing atau stress,setidaknya sorang sahaja yang aku boleh cerita dan akan tahu.Selebihnya,aku ada cara aku sendiri untuk hilangkan stress tu.Aku masih...