Semua ada masalah
Lepas kes akak Pahjurahh,aku dah kurang sikit memberi perhatian kepada hobi aku untuk menangkap gambar bersama artis.Yuna Yalalaiii lalu sebelah aku pun aku tak rasa apa dah sekarang ni..eceh
Anyway,aku tak tahu lah dengan orang lain.Aku ni jenis reserve sikit. Aku tak suka sangat berkongsi cerita peribadi dengan sesiapa.Dengan kawan baik sendiri pun,aku ambil masa untuk luahkannya.Aku akan cerita bila aku rasa betul-betul selesa.Jadi bila kau gembira,bahagia,kau putus cinta,kau bina semula kehidupan kau dan apa sahaja semuanya diam-diam.Aku rasa itu lebih bahagia..
Kalau tak share,kau tak jadi gila ke?Kau tak perlu kawan-kawan?Keluarga?
Mestilah perlu sebab kita bukannya robot,kita pasti perlukan orang untuk kita luahkan perasaan kita betul tak?
Tapi bagi aku masing-masing ada cara sendiri untuk tangani masalah.Aku runsing atau stress,setidaknya sorang sahaja yang aku boleh cerita dan akan tahu.Selebihnya,aku ada cara aku sendiri untuk hilangkan stress tu.Aku masih lagi berfutsal dan exercise..aku akan penuhkan aktiviti harian aku dengan meeting-meeting.Discussion.Aku akan melakukan apa sahaja berkaitan kerja.Memang dah lama aku prektikkan benda ni.Paling tidak,kau duduk diam-diam kat sejadah.Kau mengadulah dengan Dia.Aku bukan orang alim-alim wei.Tapi itu cara aku.Setidaknya ini lah paling manfaat dari kau meratap.
Aku cerita ni bukan apa.Aku ada few kawan yang banyak buang masa kehidupan dengan masalah.Aku faham,semua orang tak sama.Ada yang kuat.Ada yang lemah.Tapi aku dah lalu semua tu..Sebab tu aku rasa diri sendiri sahaja yang tahu cara untuk bangkit dan bina kehidupan.Kalau kau tak serious tentang kerjaya sendiri,macamana kau nak serious tentang life juga?
Ada orang struggle takde duit,tapi hari-hari bukak quran.Ada orang menangis kena tinggal dengan laki.Laki ada perempuan lain.Tapi dia kesat air mata,bangun dan sungguh-sungguh kerja.Macam takde apa-apa.Bukan sebab dia kuat.Tapi sebab itu adalah pilihan.Kau nak nangis atau lembik 3 hari sudahlah..Kadang kena fikir juga,worth it ke kau nak sedih-sedih ni?
Aku terfikir,kadang dugaan ni untuk kita juga yang punya macam-macam kawan begini.Bagaimana kita dapat membantu.Prinsip aku selagi adik beradik,memang kau wajib bantu.Kawan-kawan yang mana daya,aku akan cuba bantu..tapi kalau satu tahap aku rasa orang tu sendiri tak bantu diri seniri..aku akan quit.Drastik atau tidak.Aku akan avoid.Untuk bagi orang tu ruang untuk kenal kekuatan diri.Jangan terlampau harap bantuan manusia..
Sebahagian ceritera aku hari ni...
Comments
Post a Comment