Mentor

Sabtu hari tu,lepas je habis class anak..terus bergegas ke shah alam.Sampai je kat office kawan aku ni,terus naik cecepat sebab nak ke kelas aku pulak..lepas anak,turn mak pula belajar.Terima kasih suami dan anak-anak tunggu saya ya..

Okay nak cerita,kawan aku ni owner unit trust agency kat Shah Alam ni.Lama dah aku kenal dia ni,suami isteri.Sama-sama berjuang mengharungi hidup dan kerjaya.Aku kagum la dengan dia orang ni.Agak-agak semangat aku luntur..aku pun bergegas la menyedut ilmu dan positive vibes diaorang ni. Diaorang ni memang selalu mengalu-alukan kedatangan orang-orang macam aku hehe..
.
Antara manusia berduit,educated dan humble yang aku pernah aku jumpa memang diaorang lah.Berkongsi pengalaman hidup mencari rezeki ni memang enjoy dan semangat.Cerita closed deal cash sales 10 juta diaorang ni selepas 10 tahun berkecimpung dalam kerjaya ni memang sangat inspired.
.
Kawan aku Ahmad(bukan nama sebenar),memang seorang yang sangat disiplin,sangat mengikuti segala ajaran guru.Hari-hari akan make sure jumpa customer dan cari ahli baru.So nak dijadikan cerita,Ahmad kenal customer beliau ni(kita namakan customer Ahmad sebagai Kasim) 10 tahun dulu masa Ahmad beberapa tahun buat unit trust ni.
.
So one dah,Ahmad terserempak dengan Kasim setelah sekian lama.Sekali dah intro cerita-cerita pasal unit trust,Kasim pun bagi nombor dan nak Ahmad follow up case dia nak invest ni.Call punya call,Kasim tak jawab.Nak dijadikan cerita satu hari lain Ahmad terserempak balik dengan Kasim.Ahmad tegur Kasim,tetiba Kasim buat-buat macam tak kenal pulak.Ah sudahh Ahmad ni kata dalam hati..mamat ni mencabar betul la tapi Ahmad ni memang hati kental.Positif gila..takat-takat reject gitu hati dia tak goyang.
.
Esok-esok tu,Ahmad dah kenal kereta Kasim sebab Kasim ni duduk dekat je ngan office si Ahmad ni.Sekali tu terserempak dengan kereta Kasim kat Bangsar.Ahmad follow la sebab Kasim tak nak bagitau office kat mana.Sekali driver Kasim yang drive keter Kasim ni sampailah kat office Kasim.Ahmad pun buat-buatlah nak menyelit jumpa Kasim..sekali Kasim terkejutla Ahmad datang gitu dan Ahmad explained la kata dia perasan kereta Kasim dan tu la ingat nak drop by jumpa..sekali Kasim suruh Ahmad keluar..uihh masa tu hati goyangla.Orang kaya ni lain macam..kang dia rasa annoyed mau dia halaunya..Ahmad pun balik tapi takpe,dia dah menunjukkan diri dia wujud untuk Kasim tu..dan malam berikut,Kasim pun mesej Ahmad nak suruh preparekan proposal untuk beliau dan isterinya invest..
.
Disitulah cerita bermula,bila mana beliau invest 800k,sejuta dua juta dan sehingga 10juta dalam masa yang singkat yang menyumbang kepada komisyen Ahmad hampir 500k dalam sebulan.Tak termasuk sales2 beliau yang lain.Sebulan 600-700k gaji kau ada?
.
Rezeki memang tak boleh diduga.Yang pasti kawan aku ni tak pernah stop buat unit trust.Dan cerita miracle begini memang selalu kita dengari.Tapi tak selalu berlaku dan akan berlaku bilamana Allah kata itulah masanya..
.
Ni aku copy paste ayat dari Nora Yusof di facebook.Untuk yang mana ada mentor dan orang-orang yang ambil ilmu dengan orang lain tu,belajarlah mencari berkat bila orang dah ajar kau tu.Tak kisahlah yang ajar kau tu kawan baik ke,ustazah ke,mak ke,boifren ke..yang penting dialah bantu kau kan..ha baca ni..
.
Ayat sifoo.. "Jangan gigit tangan mereka yang pernah bagi kita minum air"
.
Anjing saja yang biasa buat macam tu.
.
Takkan nak jadi anjing yang gigit tangan orang yang lepaskan dia dari  tersepit?
.
Anjing kan kalau tersepit bila kita lepaskan dia, dia kejar dan gigit kita balik. Itulah sifat anjing. Takkan nak jadi macam anjing. 
.
Dia sambung lagi. Even orang tu pernah ajar kita satu kalimah saja seperti 'Bismillah...'
Dia tetap guru kita.
.
Ada barakah pada seorang guru. Belajar hormat guru apatah lagi guru tu yang menunjukkan jalan agama yang terang lagi jelas. 
.
#LastImkk

#IsTheEnd

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz