Malayu
Melayu malas?
Aku selalu dengar dari mulut orang mengaitkan sikap malas dengan orang melayu.Sejujurnya,banyak yang kita nampak melayu malas sebab kita banyak berurusan dengan melayu yang malas.Bagi aku,ramai melayu yang rajin tapi kau tak jumpa sebab kau berurusan dengan melayu yang lain bidang.Contohnya kau keja jual batu bata jadi kau berurusan dengan banyaknya tukang buat rumah cina.Bukan dengan orang jual nasik lemak yang berbangsa melayu.
Bagi aku melayu malas bukan sebab dikaitkan dengan bangsa.Tapi sebab sifat individu.Aku memang banyak bekerja dengan orang melayu dan cina dan aku tau cina pun banyak pe’el annoying tapi malas tu jarangla nampak.Banyak juga melayu yang expert dalam bidang construction ni.Cina pun sama.Tapi kita nak tumpu apa masalah melayu since aku pun banyak berurusan dengan orang melayu.Yang paling pening ialah bab budak-budak melayu yang selalu keja dengan aku.Ni bukan kita nak salahkan melayu.Tapi sebab aku tak penah handle cina.
Jom senaraikan.
- Daripada 15 org budak melayu,hanya 5 org yang berquality dari segi kerja.Maksudnya,kalau kita bagi tugas dia deliver.Ada dateline dia faham,ada communication 2 hala,ada buah fikiran nak buat apa,takpayah suruh tau nak buat apa dan berfikiran matang.
- Yang kebanyakan 10 orang tu jenisnya kau bagi tugas tak penah siap.Kau bagi keja dan bagi dateline pun tak penah update.Kau kena tanya 10 kali sehari,lagi banyak dr seruan azan pun tak jalan-jalan.Ni bangsa kena kijak pun dia takde perasaan.
- Taknak update kalau ada masalah keja.Tak dpt deliver tapi buat senyap.Buat bodoh sampai keja tu membabitkan orang lain,rugi and so on pun masih takde perasaan.Ni memang umpamanya keja dengan orang gila aku rasa.Naik gila wohhh
- Kalau amik cuti mc dia buat macam gula-gula.Makin banyak hari mc makin sedap.So hari-hari rasa nak makan gula-gula alamatnya kau kencing manis potong kaki.Potong gaji.Sedap?
- Tak ikut standard procedure.Contohnya kalau dah siap kerja,apa yg patut kau kena buat ialah ikut standard procedure.Walau dah beratus projek kau buat tapi masihhhhh kau tak buat benda wajib ikut procedure.Pastu bila ada masalah kt client nak claim bagai,dah buang masa sebab salah kau tak siapkan itu ini.Ah ni memang last-last aku carut rap semua keluar.
- Selalunya memang kena bersuruh..time takde keja,tengah free,taknak settlekan apa patut.Bila dah busy,apa lagi kelam kabutla nak kejar itu ini.Pastu sibuk kata tak cukup masa banyak keja.Ni kalau cakap belanja makan dia ada je masa,confirm.
- Ambil kesempatan.Ada sekali tu,office boleh tak bukak-bukak walau dah pukul 10 pagi.Mentang-mentang kita takde,outstation.Keja kalau siap takpe.Ni semua pun berterabur sana sini ada hati nak ngular.Gila ke ape kau ni keja mcm ni?
- Banyak lagi tapi aku malas nak ingatkan kenangan pahit ni.Aku nak buang jauh-jauh.Tapi semua ni attitude boleh dikaitkan dengan malas.Kenapa taknak update kerja?Sebab malas.Kenapa tak siap keja walau dateline hari ni?Sebab malas.Tadi kau pegang fon main instagram facebook boleh je kan?
Malas malas malas.
Kebanyakan orang bukan sahaja melayu,kalau buat bisnes dan dapat duit skit yang dapat share bersama-sama dia akan mula rasa sikit.Ni bukan malas tapi tamak.Kenapa sikit je dpt ni,kenapa sikit je tu..jadi mulalah taknak bekerjasama.Nak buat sengsorang.Dia tak tau,kalau berkembang pun kena ada team.Boleh sinis lagi kat kita,dia punya fames satu malaya kenal.Malah networking pun luas.Kalau kau bekerjasama dengan aku,kau buat apa?Ibaratnya aku ni tak fames ye dak?
Bisnes ni bukan semata kau glamer.Glamer semata takla jamin
bisnes boleh sustain.Well malas nak cakap banyak-banyak.Kau try dulu la kot.
Good luck Malays.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete