Jiwa orang bisnes.

Bersarangnya jendela aku ni.Rupanya last aku bukak jendela ni bulan 7.Ni dah bulan 9.Hmmm
.
Jom aku nak share sikit artikel Puan Ainon.Guru bisnes yang banyak membantu usahawan mengurangkan risiko-risiko kecundang.Orang baru berbisnes ni kadang suka syok seniri.Cebur bisnes ni kena ada prinsip dan misi.Kalau misi nak kaya,awal-awal kita akan gagal.Sebab strategy confirm semua syok seniri.Confirm okay.Jom baca apa Puan Ainon kata tentang Jiwa Orang Bisnes.
.
KEKUATAN JIWA ORANG BISNES

Orang bisnes mempunyai beberapa sumber kekuatan jiwa.

1. Pertama, kekuatan jiwa orang bisnes datang dari dalam jiwa mereka sendiri.

Memang jiwa orang bisnes tidak sama dengan jiwa orang biasa.

Jika orang biasa hilang duit RM1k dari dalam walletnya, dia sudah tak lalu makan, asyik tercari-cari, asyik memikirkan macam mana duit itu boleh hilang, nak buat kerja pun tak dapat.

Orang bisnes rugi RM10k, tapi dia masih boleh balik rumah, boleh mandi, boleh makan nasi, dan boleh tarik selimut tidur macam biasa.

Orang bisnes tahu risiko dia akan menanggung kerugian adalah tinggi. Hal itu tidak melemahkan jiwanya.

Jiwa orang bisnes ada persamaan dengan jiwa petinju.

Para petinju tahu sukan itu membawa banyak kesakitan kepada dirinya. Hal itu tidak menakutkan jiwanya, malah menguatkan lagi jiwanya dan azamnya yang mahu menjadi juara tinju.
.

2. Kedua, kekuatan jiwa orang bisnes datang dari business partnersnya.

Bisnes adalah kerjaya yang amat sukar, amat banyak problem, amat banyak risiko.

Bisnes banyak memakan tenaga luar dan dalam. Tekanan bisnes datang dari semua arah.

Orang bisnes, badannya penat, dadanya berat.

Dengan mempunyai partner yang gigih berusaha, inilah sumber kekuatan jiwa yang sangat penting.

Dari sudut kejiwaan, kesukaran menanggung beban berbisnes menjadi lebih ringan apabila kita mempunyai partners yang kuat berusaha.

Kita tengok partners kita bertungkus-lumus berusaha, jiwa kita menjadi lebih kuat dan lebih cekal.

Dengan mempunyai business partners kita mempunyai kawan bercakap dan berfikir. Akal kita juga menjadi lebih panjang.

Kita dapat mencari jalan-jalan keluar dari problem demi problem, dan terus berusaha dengan lebih tenang.

Pengalaman ini sukar hendak diterangkan. Hanya mereka yang mempunyai business partners sahaja yang faham bagaimana pentingnya partners sebagai sumber kekuatan jiwa.
.

3. Ketiga, kekuatan dari staff senior yang sudah lama bertugas di syarikat.

Ini adalah sumber kekuatan jiwa yang bukan kecil bagi orang bisnes.

Orang bisnes yang mempunyai staff yang setia sahaja yang tahu pentingnya mereka itu sebagai sumber kekuatan jiwanya.
.

4. Keempat, kekuatan dari mentor-mentor bisnes.

Ini satu lagi sumber kekuatan jiwa yang tidak kurang penting peranannya.

Dari masa ke masa, orang bisnes pasti mengalami tekanan jiwa dalam berdepan dengan persimpangan. Ia seperti yang disebut sebagai ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Dalam keadaan seperti itu, lampu suluh dari mentor menjadi kritikal dalam meringankan beban membuat keputusan yang berat.

.
Semua yang dinyatakan diatas 101% betul.Bagi yang pernah lalui dan mempunyai pengalaman.Orang bisnes tak sakit dik tohmahan orang.Tak tertusuk dengan kata perli keji manusia.Dan tak kuasa nak layan benda yang tak perlu dan tak berbaloi.
.
Thank you Puan Ainon.Inilah kekuatan yang Allah beri untuk para pahlawan.
.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz