Raya 2018
Kita masih lagi dalam mood raya.Tapi aku kurang mood sikit untuk beraya this time.Hati aku masih pada kerja.Kemonnn Annyy..dalam pada takde mood tu,hati dia punyala gembira tahap gunung everest bila dapat balik raya kat Ipoh.Dapat beraya dengan mak abah.Dapat kemas rumah.Dapat make over bilik.Rasa bahagia gila.Tahun ni rasa kuat,tak penat.Sampai je Ipoh terus bertukar mood.Vacuummmm.Mak aku memang bersiap sedia je lah kalau aku bersilat mengemas ni.Dia tak suka aku buang-buang barang.Yelah,kadang barang simpanan jenis muzium pun tak terima khazanah mak aku ni jadi haruslah aku buang.haha
Mengimbau kenangan raya zaman-zaman aku bujang dulu..heaven gilerrr.Aku drive sorang je so tak perlu mintak izin sesape nak bertolak pukul berapa,hari apa dan sebagainya.Selalunya nak elak jam,masa yang sesuai untuk bertolak ialah dlm pukul 2-4pagi waktu sahur tu.Masa tu tak ngantok tak apa.Balik bawak barang,baju dan sebagainya macam nak dok setahun.Kuih kena beli beberapa jenis nak letak kat umah mak.Belikan mak abah baju raya ke,kasut raya ke..itu pun kemestian.Lain-lain sediakan angpau utk anak buah dan sedara yg mana bawah umur.Dulu bagi singgit tu dah kira bagus dah tu.
Aktiviti mengemas memang wajib.Solat sunat raya,balik Teluk Intan ziarah makcik,pakcik,sedara mak abah semualah..Raya kedua atau ketiga aku start jumpa kengkawan sekolah.Raya rumah Tinie,rumah Ita,Asnor..Erna..Emil,Hawa,Maziah,Eja..ha ni lah yang rapat masa kat Ipoh dulu.
Lepas tu sedara mara sibuk datang rumah.Kengkawan abang aku atau adik aku pulak datang rumah..so aku plak start sibuk tolong mak buat apa patut.Dulu mak kuat,sihat..memacam jenisla masak sekejapan je.100 orang ke 1000 orang ke selamba dia masak sorang.
Baru-baru ni abang aku share gamba abah potong rambut anak dia masa buat aqiqah dulu.Tiba-tiba sebak..sedih sebab abah masa tu sihat lagi.Ceria..boleh sembang-sembang dan sangat garang.Abah garang gila sampai orang takut nak call aku kat rumah.Padehal abah bukan penah menjerit kat diaorg pon.Aku pun turut takutla tapi dalam pada garang,abah tak pernah sekalipun pukul aku.Jentik pun tak pernah.Sayang dan rindu sangat abah..
Ni lah kisah raya aku.Rindu giler.Dengan umur sekarang ni yang paling penting amal yang kita buat,sedekah dan jaga mak bapak.Semoga allah panjangkan umur dan rezeki,kita jumpa lagi next Ramadhan dan Syawal..
Love,
Anny
Comments
Post a Comment