Tun M
Semalam Tun dah pun selamat menjadi PM ke 7.Taktau nak describe perasaan happy macamana.Aku pun turut mengundi Rabu lalu.5 tahun dulu aku mengundi juga tapi bahang kobar dia tak sama macam la ni.Dulu aku dah ada feel something wrong dengan kerajaan Najibun ni.Macam ada power yang dipegang seseorang.Kau ada duit,ada kuasa..sapa pun tak boleh halang.Pelbagai salahlaku pegawai dan ahli keluarga seolah-olah dibenarkan dan dipertonton kepada rakyat.Satu-satu kita dengar luahan manusia tentang projek yang dipengaruhi seseorang.Takkan takde orang boleh buat sesuatu?
Now aku tengok rakyat makin berani.Dalam banyak yang berani tu aku paling salute Rafizi.Seriously masa aku baca pasal dia ckp nak kena penjara tu,aku terfikir dalam-dalam..buat apalah dia bodoh nak memperjudikan nasib keluarga dan anak-anak dia dengan menentang kerajaan dan masuk penjara.Dia bongkar satu-satu.Takde tapis-tapis dah.Alhamdulillah.Dia bebas kerana Allah beri kemenangan pada Tun.
Bila kau nak bertanding,tak perlulah kau laungkan kata sinis "orang tua" 93 tahun yang nak mentadbir negara tu.Itulah..jangan over confident.Dan jangan sesekali under estimate kemampuan orang lain.Jodoh,rezeki,maut..ini hanya Allah sahaja yang boleh tentukan.Nampak mustahil tapi tidak mustahil untuk kita yang telah pun nampak semua ini terjadi.Aku sayangkan Umno dan BN.Tapi manusia suka salah guna kuasa.Bila diuji sikit dengan duit,kau mulalah lupa diri.Aku yang mentah ni pun dah banyak jumpa orang yang bila tang duit je,tetiba dia hilang ingatan.Otak dia lupa kat mana dia bermula membina business,dia lupa diri dan dia akan deny lah apa jua kaitan yang menampakkan dirinya lupa diri.Dia lupa apa tujuan bermula.Mula-mula sikit pun takpe tapi bila dah rasa banyak duit,bila sikit tu dah tak boleh terima.Itu baru business singgit dua hinggit.Belum lagi juta-juta ringgit.
Aku puashati tak berapa tidur malam nak menunggu pengumuman result pilihanraya hari tu..Aku suka la nampak kejadian macam ni jadi depan mata.Supaya kita selalu kena ketuk dan diingatkan apa jua yang kita buat kena ada prinsip.Apa je kau buat prinsip dia "Jangan berlebihan","Ingat-ingatlah tuhan",dan "share-share lah sikit mana pun.."
Aku doakan Tun akan buat pembaharuan yang lebih berteraskan Islam.Kita perlukan perubahan yang dapat membantu kita berubah kearah yang lebih baik.Insyaa allah.
Hidup Tun!Hidup Tun!
Ya ya..i'm still alive kata Tun.Hehe.
Comments
Post a Comment