Ceramah Ustaz




Dengar ceramah Ustaz Azhar kadang nak tergelak-gelak.Dalam gelak-gelak tu memang betul apa yang ustaz cakap.Communication dalam sesuatu hubungan tu sangat penting.Itulah main point dia.

Soklan penonton:
Kalau suami makan seorang,adakah syaitan akan mempengaruhi si suami untuk berkahwin lain?

Hahaha nak terbahak aku dengar.
Jawapan ustaz.

Syaitan tak mempengaruhi si suami untuk berkahwin lain kerana berkahwin lagi itu dibenarkan dalam hukum syarak.Ingin berkahwin lagi itu adalah atas keinginan diri sendiri.
Yang pasti syaitan akan mempengaruhi manusia untuk melakukan kejahatan dan maksiat.

Lepas tu ustaz cakap,isteri tak wajib buat kerja rumah.Tapi bila suami mengarahkannya untuk membuat kopi contohnya,dah jatuh wajib untuk isteri sediakan.

Ustaz cakap,kita ni as isteri ni cubalah layan suami macam pelayan hotel Mandarin taraf 5bintang katanya.Tunduk hormat,pakai bow,senyiummm.Coffee or tea sir?Kahkahkah

Ni tak..bang nak minum apa?
Apa-apalah..
Mana ada air apa-apalah.Kopi ke teh ke cakaplah..

Gitu gaya pelayan suami.Patutla suami suka makan kat luar.
Hahaha

Eh betulkan apa ustaz cakap.Ni tak,nak ajak makan menjerit panggil suami,yang tengah meneran pun terkejut katanya..

Aku suka layan ceramah ustaz Azhar sebab kelakar.Aku kan mudah terhibur bak kata Suraya.Dalam pada gelak-gelak,ceramah ustaz pun pedih dan tajam especially bab cari rezeki dan solat.Katanya,orang kaya kadang menjalar-jalar kereta masuk mesjid pegi solat jemaah.Rega tayar je dah boleh beli kereta lain.Siang kerja,malam dengar ceramah.Belajar agama.Tapi kadang yang takde duit ni,rumah depan mesjid pun taknak solat kat mesjid.Taknak menuntut ilmu.

Ayat tajam.Tapi kalau tak tajam,tak berdesing,tak menusuk kalbu..hati kita tak teresap lagi nampaknya..

Slowly but surely..Insyaa allah.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah