Posts

Showing posts from May, 2018

Ceramah Ustaz

Dengar ceramah Ustaz Azhar kadang nak tergelak-gelak.Dalam gelak-gelak tu memang betul apa yang ustaz cakap.Communication dalam sesuatu hubungan tu sangat penting.Itulah main point dia. Soklan penonton: Kalau suami makan seorang,adakah syaitan akan mempengaruhi si suami untuk berkahwin lain? Hahaha nak terbahak aku dengar. Jawapan ustaz. Syaitan tak mempengaruhi si suami untuk berkahwin lain kerana berkahwin lagi itu dibenarkan dalam hukum syarak.Ingin berkahwin lagi itu adalah atas keinginan diri sendiri. Yang pasti syaitan akan mempengaruhi manusia untuk melakukan kejahatan dan maksiat. Lepas tu ustaz cakap,isteri tak wajib buat kerja rumah.Tapi bila suami mengarahkannya untuk membuat kopi contohnya,dah jatuh wajib untuk isteri sediakan. Ustaz cakap,kita ni as isteri ni cubalah layan suami macam pelayan hotel Mandarin taraf 5bintang katanya.Tunduk hormat,pakai bow,senyiummm.Coffee or tea sir?Kahkahkah Ni tak..bang nak minum apa? Apa-apalah.. Ma...

Tun M

Semalam Tun dah pun selamat menjadi PM ke 7.Taktau nak describe perasaan happy macamana.Aku pun turut mengundi Rabu lalu.5 tahun dulu aku mengundi juga tapi bahang kobar dia tak sama macam la ni.Dulu aku dah ada feel something wrong dengan kerajaan Najibun ni.Macam ada power yang dipegang seseorang.Kau ada duit,ada kuasa..sapa pun tak boleh halang.Pelbagai salahlaku pegawai dan ahli keluarga seolah-olah dibenarkan dan dipertonton kepada rakyat.Satu-satu kita dengar luahan manusia tentang projek yang dipengaruhi seseorang.Takkan takde orang boleh buat sesuatu? Now aku tengok rakyat makin berani.Dalam banyak yang berani tu aku paling salute Rafizi.Seriously masa aku baca pasal dia ckp nak kena penjara tu,aku terfikir dalam-dalam..buat apalah dia bodoh nak memperjudikan nasib keluarga dan anak-anak dia dengan menentang kerajaan dan masuk penjara.Dia bongkar satu-satu.Takde tapis-tapis dah.Alhamdulillah.Dia bebas kerana Allah beri kemenangan pada Tun. Bila kau nak bertanding,tak p...