Tahun baru

Halo 2018.Semua orang sibuk post gambar tahun baru.Dan ramai yang ambil cuti di penghujung 2017 yang sudah.2minggu lepas pun aku dah dipaksa bercuti.Sebulan dua ni sebenarnya,sibuk betul dengan bermacam-macam hal.

2017 berlalu begitu pantas.Pelbagai ujian yang telah aku lalui dan masih terasa lagi bagaimana ia menyucuk jiwa.Aku jenis susah nak berkongsi cerita duka lara.Tetapi terketuk untuk berkongsi disini mungkin kerana aku suka memberikan motivasi berdasarkan pengalaman sendiri.

Bukan sahaja 2017,malah dalam fasa 3-4tahun berlalu ni terlalu banyak yang meretakkan jiwa dan emosi,jatuh dan luka,membuatkan aku tak henti bertanya dengan pencipta.Mengapa aku.Mengapa begini?Mengapa begitu?

Sakit tapi aku survive.Alhamdulillah.Memang takde orang pernah tahu,cuma sesekali berkongsi dengan sesiapa yang rapat.Yang bertanya mungkin aku kongsi secebis kisahnya tapi untuk aku buka mulut dan bercerita..itu bukan aku.Sesekali melibatkan maruah,aku perlu juga beri kebenaran..

Aku yakin,aku bangkit lebih kuat daripada ini.
Mencari momentum yang makin pudar.

Doa aku,biarlah apa sahaja kesukaran dan kegembiraan ini membuatkan aku lebih dekat dengan Dia.Sentiasa ingat Dia.Iman aku kadang goyah.Ujian yang kau beri ya tuhan,kadang aku hampir give up.Aku inginkan kekuatan.

Keep standing.Don't give up.




Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz