Futsal

Dah jarang-jarang mengupdate blog.Bukan satu kemestian pun untuk mengupdate, lebih kepada sharing je kan..apa yang kita rasa,pengalaman dan kisah-kisah suka duka.Tahun ni rasa nak kena berlari dah.Macam 3-4tahun kebelakangan ni,terlampau banyak kesilapan dan kerosakan yang dah berlaku.Tahun ni kena start engine dan lari lebih laju.Tiada masa untuk drama,tiada masa untuk orang yang penuh drama.Yang mana berdrama,kau tinggal dulu.Fikirkan apa yang terbaik untuk diri dan priority.

Nak cerita pasal beriadah ni.Aku dah tua.Tapi main bola tetappp menjadi kewajipan setiap minggu.Kadang aku terfikir lah bila nak stop.Masalahnya,aku takde senaman lain dan masa seperti peruntukan setiap pagi macam zaman bujang dulu.Dulu pagi-pagi selepas subuh dan bersedia ke gym.Lepas tu bersiap ke tempat kerja.Rutin macam tu buat aku bahagia ya tuhan.Now bilakannya masa dengan beranak pinaknya nak selamba kau ke gym begitu.

Aku rasa semua orang ada cara nak menghilangkan tekanan.Macam aku,memang dengan beriadah ni sahajalah dapat menghilangkan stress aku dengan kerja.Bila aku tengok kat social media yang banyak berkongsi tentang tekanan perasaan dan kesan-kesannya ni,memang tak dinafikan..aku pernah mengalami tekanan perasaan sebegitu.Aku ni dahla jenis banyak berfikir.Aku rasa orang tak pernah ambil pot pun pasal perasaan aku.Asyik aku je kena fikir orang..hmm..

Sekarang kawan-kawan bola yang ada pun ramai yang baru dan muda-muda.Tetaplah makencik ni nak join dengan budak muda kan.Aby dah kat Aussie.Yang ada pun Chip jelah kat sini dari zaman Red Devils.Aku yakinla bila Aby balik nanti,kitaorang tetapla main sampai tua.Suka-suka je tapi bila jumpa tu bahagia nya rasa..

Ahhh rindu betul zaman futsal dedulu..

Anny

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz