Salam Hijrah

Hari ni cuti.Tapi jiwa aku,mental semua tak cuti.Fikiran sekarang banyak kat kerja yang nak berjalan.Banyak yang pending.

Hijrah kali ni bagi aku paling bermakna. Hijrah membawa pengertian yang lebih baik samada kau berazam menjadi muslim yang lebih baik amalannya.Lebih baik dari percakapan dan pergaulan. Kau berazam untuk menjaga hubungan kekeluargaan dan sahabat handai.Kau ingin jadi anak atau adik beradik yang lebih ikhlas.Jaga kebajikan bersama ke,takde sapa lebih atau sapa kurang..Kau berazam untuk menaikkan kehidupan orang lain yang bersama-sama kau.Yang beri manfaat pada orang lain..semua tu ikhlas kerana Allah.

Semalam berbual dengan sahabat,beliau menggalakkan aku untuk sambung belajar lebih mendalam tentang bacaan alquran dan tajwid.Bukan apa,ceritanya bila beliau menghantar anaknya ke sekolah arab.Dan langsung ketika beliau membaca quran,ditegur oleh anaknya tentang bacaan tajwid dan sebutan..anak berumur 8tahun tak silap.Katanya,terus malu dan menangis dengan keadaan diri.Sejak itu beliau berazam belajar dan berguru.Aku tersedar dah lama aku tak berguru.Dulu selalu aku menjengah ustazah yang aku panggil mak tu setiap minggu mengaji.Sejak mengandung,sibuk menjaga anak..aku jengah pun sekali sekala..Aku kena cuba curi masa..

Aku anggap Hijrah kali ni sebagai titik tolak untuk aku mulakan kehidupan baru dalam kerjaya dan kehidupan..Banyak yang aku dah belajar dan banyak yang aku perlu utamakan. Kawan pernah berkata, the more you talk about it,the more you hurt. Kita avoid and ignore. Kita move on. Alhamdulillah mudah.

Selamat menyambut maal hijrah.


Love,
Anny

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz