Orang yang baik..

Balik kerja semalam,kapten ajak pergi repair ipad askar.Masuk ni dah 2x screen ipad pecah.Askar ni sesuka je dia rasa nak baling,agaknya nak tengok reaksi aku marah ke..senyum ke..gembira menangis ke bila baling membaling ni hmmm

Sebelum tu kat site, berbual dengan boss contractor untuk satu projek ni..suka aku berbual ngan boss boss ni bukan apa.Dia orang ni punya satu semangat kuat kerja,intergriti dan tak kenal putus asa.Aku yakin,beliau dah melalui pelbagai masalah dan pelbagai ragam manusia.Sengaja kadang ku tanya soklan yang dah aku tau jawapannya..apa pendapat dia tentang industri construction ni dan pengalaman dia dengan apa yang dia telah capai sekarang..

"It was a tough job,but aku enjoy apa aku buat.."

Beliau mula  bercerita tentang abang beliau.Abang beliau seorang yang hebat dalam mata kasarnya.Planning,execute..program tersusun untuk menjalankan satu-satu kerja beliau.Sampai satu-satu benda tu menjadi.Sampai satu tahap,abang beliau sering ditipu,ditindas,dikhianat..hinggakan keseluruhan hasil kerja yang beliau usahakan tidak langsung dihargai apabila sesetengah yang kita panggil manusia ni dah dapat apa yang diaorg nak.Dan bila dah rasa mampu terbang tanpa bantuan abang beliau..abang beliau terus ditinggalkan..

Itulah lumrah dunia.Aku hayati satu persatu butir cerita beliau..penuh penghayatan.Sehingga sekarang,abang beliau telah pun bekerja dengan International company yang more to Islamic company.Dan alhamdulillah beliau terbang lebih tinggi daripada itu katanya..

Aku tamatkan cerita beliau dengan quotes aku..

"Orang yang baik selalu diperdaya dan digunapakai..tapi insyaa allah..rezekinya dengan Allah lebih baik dan perjalanannya lebih tersusun..Moga beliau dilindungi Allah dari bala.."


Gitu quotes aku dengan boss boss.
Okaylah..harap-harap projek ni smooth.
Amin.

Love,
Anny

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Part Time

Rasulullah dan Saiyidinna Hamzah

Ceramah Ustaz