Posts

Showing posts from September, 2017

Dato Poyos

Pepagi,sebelum masuk office..aku selalu singgah minum kopi ngan makan roti kat kopitiam Kota Daman ni..Tengahari kadang tak menentu.Selalunya aku skip lunch sebab jarang ada masa betul2 untuk lunch.Aku selalu lunch sorang je..kadang adala lepak lunch ngan officemate..tapi jarangla berlaku.. Kalau kau lepak sengsorang ni,selalu adala orang datang approach nak jual barang ke,nak jual tissue,mintak derma..gitula selalunya kalau duduk kat kedai makan even grouping pun,ada je orang datang nak jual unit trust ke,nak berbual,mintak kad ehhh..sekali ni aku didatangi sorang lelaki.Agak berumur la..uncle kopitiam yang dah biasa ngan aku ni pun kenalkan kat aku..ini Dato A katanya..pastu mintak permisi la nak join table aku.Ahhhh aku dah start rimassss Satu pagi..dah duduk.Kali kedua,pun sama..kali ketiga keempat..aku mengelak,nampak dia dok belakang,aku pusing dok depan.Sekali dia dah nak balik,singgah jugak duduk kat aku.Nak hi bye la konon.Aku rimas bukan apa.Dato ni poyosss.. Kau...

Isnin ku..

Isnin muncul lagi.Weekend yang panjang baru je berlalu pergi.Hari ini aku cuba nak menyelesaikan apa jua kerja yang pending.Harap-harap semuanya lancar. Untuk kerja waterproofing yang baru nak buat ni adalah membabitkan beberapa building tapi aku hanya dapat settlekan 2 building sahaja.Dengan masa yang suntuk dan weather yang tak menentu,dah tentu tak boleh bertangguh-tangguh.Kerja waterproofing selalunya membabitkan kerja repair dan rectify tempat yang bermasalah.Selalu kalau kerja-kerja repair ni,aku suka gunakan cara konvensional sahaja iaitu cara lama. Guna je jenis hot torch membrane especially untuk roof slab yang luas.Takde plinth sangat..kalau ada pun,water tank. Cara ini mengikut pengalaman aku,95% takde masalah dalam tempoh 5-10tahun.Wah gitu kondifennya aku..Insyaa allah..pengalaman aku la.Skill kau kalau buat keja cam budak,sebulan dah bocor.Apa-apa pun, skill worker lah yang penting.Kau monitor lah.. So,hari ni nak tentukan schedule A-Z apa nak buat dulu.Siapa team an...

Salam Hijrah

Hari ni cuti.Tapi jiwa aku,mental semua tak cuti.Fikiran sekarang banyak kat kerja yang nak berjalan.Banyak yang pending. Hijrah kali ni bagi aku paling bermakna. Hijrah membawa pengertian yang lebih baik samada kau berazam menjadi muslim yang lebih baik amalannya.Lebih baik dari percakapan dan pergaulan. Kau berazam untuk menjaga hubungan kekeluargaan dan sahabat handai.Kau ingin jadi anak atau adik beradik yang lebih ikhlas.Jaga kebajikan bersama ke,takde sapa lebih atau sapa kurang..Kau berazam untuk menaikkan kehidupan orang lain yang bersama-sama kau.Yang beri manfaat pada orang lain..semua tu ikhlas kerana Allah. Semalam berbual dengan sahabat,beliau menggalakkan aku untuk sambung belajar lebih mendalam tentang bacaan alquran dan tajwid.Bukan apa,ceritanya bila beliau menghantar anaknya ke sekolah arab.Dan langsung ketika beliau membaca quran,ditegur oleh anaknya tentang bacaan tajwid dan sebutan..anak berumur 8tahun tak silap.Katanya,terus malu dan menangis dengan keada...

Orang yang baik..

Balik kerja semalam,kapten ajak pergi repair ipad askar.Masuk ni dah 2x screen ipad pecah.Askar ni sesuka je dia rasa nak baling,agaknya nak tengok reaksi aku marah ke..senyum ke..gembira menangis ke bila baling membaling ni hmmm Sebelum tu kat site, berbual dengan boss contractor untuk satu projek ni..suka aku berbual ngan boss boss ni bukan apa.Dia orang ni punya satu semangat kuat kerja,intergriti dan tak kenal putus asa.Aku yakin,beliau dah melalui pelbagai masalah dan pelbagai ragam manusia.Sengaja kadang ku tanya soklan yang dah aku tau jawapannya..apa pendapat dia tentang industri construction ni dan pengalaman dia dengan apa yang dia telah capai sekarang.. "It was a tough job,but aku enjoy apa aku buat.." Beliau mula  bercerita tentang abang beliau.Abang beliau seorang yang hebat dalam mata kasarnya.Planning,execute..program tersusun untuk menjalankan satu-satu kerja beliau.Sampai satu-satu benda tu menjadi.Sampai satu tahap,abang beliau sering ditipu,ditindas,d...

Syurga tempatmu anak-anak Tahfiz

Dah weekendlah wei..Rasanya baru je terdetik nak update entry setiap Jumaat.Tapi dok sibuk dan tak punya banyak masa langsung duduk dan berfikir nak mengarang..langsunglah terlupa nak update. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kebakaran sebuah Tahfiz di ibu kota yang mengorbankan hampir kesemua anak-anak syurga Tahfiz.Terkesan sungguh dengan kejadian begini.Bila siasatan menyatakan kemungkinan motif dendam adalah daripada remaja sekitar..terkejut rasanya.Sungguh tak sangka,budak sekarang sangat berani bertindak hingga boleh ketahap membunuh!! Malas nak komen apa-apa.Bila ada kes macam ni,memang semua buka mata kelemahan dan penambahbaikan Tahfiz yang ada. Semua ini ujian dari Allah.Ujian ini melibatkan semua orang,termasuk kita yang mendengarnya..apa tindakan kita.. Muhasabah diri.Jom baca quran.