Posts

Showing posts from July, 2019

Supplemen dan Collagen

Aku banyakla baca tulisan dalam facebook tentang bahaya mengamalkan supplemen kecantikan dan kesihatan ni.Pastu sibokla yang tukang jual bahan organik dan bahan semulajadi sedunia mengecam tindakan orang yang jual ni tak reti halal haramla,bahayakan orangla konon bahan dia tu selamat dunia akhirat.Terpanggil nak bagi ulasan,kerana aku antara pengamal supplemen tegar collagen dan vitamin seumpama dengannya.Janganla korang ingat supplemen tu hanya untuk putih memutihkan dan program putih semata..tidak tidak tidak.Supplemen bukan tujuan memutihkan kulit kau asalnya.Kalau kau nak putih sangat,kau cat muka kau putih.Ya itu baru putih. Makin meningkat usia,kulit kita makin kendur dan hilang keanjalan.Jadi yang putih pun jadi kusam dan takde sinar. Kenapa? Aku bagi bahan kajian aku la senang. 1.Aku selalu pergi site dan kerja kat luar jadi selalu terdedah pada cahaya matahari.Kalaula aku tak pakai foundation ke atau serum protection ke apa kat kulit muka..sinar uv terus straight...